Welcome to my Page

Followers

Tuesday, December 29, 2009

.

pe ni..??
hm...
sangka ku tiru belog mu?
begitu?
hm..
sangkaan mu itu tak tepat..
ku hanya mengambil ilham dari mu.
lagipun,kenapa mau ambil semua ni sirius?
ini kan percuma.
kalau pun kamu marah kan ku,
dengan alasan mu itu.
suarakan kepada ku terus.
ku tahu kamu berani.
jadi langsung di luah pada ku akan ketidak puasan hati mu itu.
ku tunggu.
jangan terus cakap di belakang.tambah pahala ku percuma.
jangan terlalu ikut emosi.


tauladan kita bersama.pada ku juga.
kerana ku juga pernah rasa mau marah akan diri nya.yang pernah buat begini.
tapi inikan percuma bukan?

Monday, December 28, 2009

.

Wed, des 16 2009.


Hai pari2.

Walaupun aku dah lama sangat tak bercerita dengan kau, aku harap kau masih ada di situ. Di laman blog aku. Sentiasa berterbangan bersama si rama-rama ke sana ke mari..

Pari2,

Aku hairan. Kenapa dia tak macam dulu?

Kenapa dia mesej aku macam tu?

Kenapa nak kurang kan mesej dengan aku?

Apa itu satu tanda?

Cik pari2 tolong siasat boleh?

Terbang kesana dan tolong aku cari jawapan nya.

Sayang,

Aku sayang kau.

Untuk kau, aku hadiah kan huruf ‘c’ di ibu jari.

Kerana kau cumil sangat.

Untuk segala memori bersama, aku tulis kan ‘i’ di jari telunjuk.

Hm.. untuk suka duka antara kita, aku tulis kan huruf ‘n’ di jari hantu.

Huruf ‘t’ aku tulis di jari manis kerana kamu selalu tidur lambat.

Hehe. Jangan marah ok..??

Kerana tiap masa kita bersama,

suka duka, hilai tawa dan maki hamun.

Aku hadiah kan kau huruf ‘a’ di jari kecik.

Jadi kamu jangan minta apa-apa bukti lagi

Kerana aku hanya mampu bagi

Jari-jari ini saja sebagai bukti aku sayang kau.!

p/s : sayang, semalam aku kecik hati dengan kau!(!_!)







Thus, des 17 2009.

Cik pari2 masih bujang. Tak kahwin lagi?

Jangankan kahwin.bercinta pun tak. Hehe.

Untuk renungan cik pari2,

Aku berpuitis sedikit.

Cik pari2 jangan tak baca pulak.

Taman hati yang indah berseri itu,

Tak tercapai bak langit nan biru.

Kiranya bunga liar ini menumpang teduh,

Adakah akan dianggap penceroboh..?

Jika kehadiranku tidak di senangi,

Biar ku layu terbiar menyepi.

Mungkin waktunya ku undur diri.

Tempat ku bukan disini.

Taman hati itu semakin berseri,

Bunga nan satu kembang mewangi.

Namun, kehadirannya bagai membunuh.

Siapakan rumput untuk menumpang berlabuh..?

Tatkala pohon berduri melingkar merapati,

Matinya rsang rumput tiada yang pedila.

Namun, lupakah kau wahai si kumbang..?

Taman tak berlalang adalah taman yang gersang.

Taman hati yang dulunya berseri dikelilingi bunga mewangi

Kini semakin kering, semakin layu, semakin mati..

Tiada gunanya mentari bersinar jika duri berhutan.

Tiada gunanya air mengalir jika rumput mengemis.

Dan bila bah melanda, rosaklah segala..

Namun mungkinkah ada pelangi berseri disebalik gunung yang sunyi ini..?

p/s : apa aku mengarut ni? Huhu.. (@_@)!

Sun, dec 20 2009

cik rib0t,

aku rasa macam mahu berkata yang aku tak mahu bercinta lagi. Atau mungkin sayangkan orang atau mungkin juga disayangi oleh orang. Sungguh!!

Bagi aku sekarang, cinta Cuma 5 huruf yang membentuk 1 perkataan. Perkataan yang aku sendiri tak tahu bagaimana untuk huraikan. Apa yang aku rasa sekarang sangat menyakitkan. Terseksa juga mungkin boleh ganti perkataan sakit tu. Perit, pedih macam-macam.

Macam mana ea aku nak mula..?? hmm.... aku bermula dengan apa-apa saja yang ada di fikiran aku sekarang boleh? Hati aku sangat merindui diri nya yang jauh dari aku. mungkin tak jauh sangat. Tapi tetap jauh. Kenapa aku berkata begitu? Kerana untuk sampai ke tempat dia berada, aku boleh buat solat jamaa’.. jauh bukan..?? hidup aku sangat sibuk. Hm.. nak taip ni pon aku berulang alik keluar masuk bilik.. jap lagi aku sambung ea...



Tues, dec 22 2009.

Hai cik ribot,

Erm.. boleh tak aku tarik balik kata-kata aku hari tu?

Cinta itu bergantung kepada org yang tafsir nya.. (ˆ_^)

Malam ni aku rasa ok je.. macam gembira semacam.. hehe

Hurm, cik ribot... tak sabar nak jumpa cik ribot di laman blog ku itu.

En. ‘kanda’ ku sayang, jangan lupa 1 benda, aku amat sayang kau.

Aku rindu kau.

Jangan kecewakan aku lagi ea..jangan buat aku susah hati lagi.. kerana aku ni sewel..

Aku tak boleh handle kekecewaan yang melampau.

P / s : Oh ye.. lupa pulak. En. ‘kanda’, mana badak pink saya..??

















Thurs, dec 24 2009.

Perkara menarik tentang wanita.

Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tak menitiskan airmata. Well, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.

Bila dia tak menghiraukan kamu selepas kamu menyakitkan hatinya, adalah lebih baik untuk kamu memberi dia masa. Masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. Tapi kadang-kadang, kamu perlu ucapkan maaf dahulu supaya dia tak salah sangka pada kamu.

Wanita sukar untuk cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. Sebab itu lah ramai wanita patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.

Sekiranya seorang wanita itu jatuh cinta dengan seorng lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya . walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta tenung ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.

Wanita memang suka pujian tapi selalu tak tahu macam mana nak terima pujian.

Jika kamu tak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut dan berhemah. Jangan berkasar. Sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan buat apa saja. Awas ye!

Sekiranya seorang gadis menjauhkan diri darimu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sebagai seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara yang termudah bagi mereka untuk meluahkan isi hati mereka. Jadi, peka ye..

Jangan sesekali memberitahu wanita yang mereka langsung tak berguna.

Sikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon. Si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tak berminat. Tapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan. (mungkin juga tak menjerit tapi pasti ada ekspresi atau reaksi)

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika seorang wanita memberi seribu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan kamu. Tapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilan darimu, teruskanusahamu memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasanya. Tanya dia sendiri.

Selepas seorang wanita jatuh cinta, dia akan tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

Bekas teman lelaki akan sentiasa di fikiran tapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu hatinya.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Senjata wanita ialah airmata!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.

Sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



P / s : En. ‘kanda’....amacam?? tip-tip ni berguna tak? En. ‘kanda’, aku rindu suara kau yang sweet tu. And, aku akan setuju untuk guna ‘yunk & syg’ bila kita jumpa nanti. Sabar la ok.. ni kejutan dari aku. Aku sayang kau! (^0^) muah!! Hahaha





































Sun, 27 dec 2009.

Cik ribot,

Hm..tell me why.

Kenapa awak nak saya tunggu awak lagi?

Dari saat ke saat yang lain,

minit ke minit yang lain,

jam ke jam yang lain,

sudah tu, hari ke hari.

Dari hari ke hari,

Minggu silih berganti.

Maka bulan berlabuh lagi.

Dan bila 12 bulan sudah berlalu pergi,

Tahun berganti tahun.

Dan putaran itu akan terus menerus.

Sampai bila?



Saya sayang awak!