Welcome to my Page

Followers

Wednesday, October 20, 2010

~ dari ema kepada afiq

to my dear heart of glass ,
it's beautiful to see ,
but be careful !
it's always fragile .

my dear rose ,
i saw it different from others ,
i want to pick but my fingures hurt coz of it's thorns ,
it's a rose from forbidden garden ,
so protective .

my dear heart of glass and rose ,
i handle carefully your heart ,
give the best care of your rose ,
as i feel gratefull to HIM ,
who had accepted my prayers ,
by opening your heart for me ,
by giving me chance of loving you ,
im th luckiest girl in this universe ,
nothing to be regrete of having you in my life .

my sunshine ,
i might be travel away the time you read this letter .
but promise me sweetheart .
no tears bout this .
no crying especially because of me ,
as i love you so much .
i didn't mean to hurt you in any way ,
it's understood if i'll not be forgiven .

honey ,
there are things you need to learn ,
about life , family , friends , love and faith .
you just need to continue the journey of yours in the road of your life .
you never knew what had waiting for you in the future .

my boy ,
if you think life become meaningless without me ,
don't ever think that way again .
as im the only phase in your life .
you have the immortal lover to be loved -God .

God ,
please help him ,
please protect him ,
please give the best for him ,
please guide him .
never stop loving him .
always shower him with your hidayah .
don't take back his iman towards you.
please . . .
as these the least i can do .
my prayer will always be with you .

love ,
you may find a better girl than i am .
you deserve it .


lots of love ,

 emma noordin

Thursday, October 7, 2010

~ pesan bapak

Kepada Bf anak aku,







Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.







Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..







Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.







Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?







Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”







Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.







Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.







Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.







Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.







Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.







Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.

~ *sigh*

aku tak tahu kenapa aku rajin pula nak type entri sebegini di pagi hari . padahal sekejap lagi aku ada test .

huhuhu . mungkin sebab dah lama tak berbelog kot . aku cuma nak cakap yang aku rindu dia saja . rindu nik sharil afiq mokhtar .

Monday, September 27, 2010

~ nokhtah

aku sedih bila kehilangan orang yang aku sayang dan cinta .

aku kecewa bila aku hilang seorang sahabat yang aku sayang .

nik sharil afiq mokhtar says : mulai hari ni , kau jangan ganggu aku lagi .

(*saya simpan lagi mesej awak yang ni .ok ?)

hafizi says : fizi datang pagi-pagi ni cuma nak beritahu 3 perkara .

             1. fizi dah mula sayang emma .

            2. fizi dah mula cinta emma .

             3. fizi terpaksa tinggal emma.

hafizi says again : fizi harap emma berbaik balik dengan afiq . fizi pergi dulu . terima kasih emma .

Thursday, September 23, 2010

~ kejutan

sebenar nya aku dah lama nak taip entri ni .

tapi tak berkesempatan .

aku cuma nak cakap yang lelaki ni unik .

mungkin mereka juga fikir perempuan ni unik . hehe !

kenapa aku cakap begitu  ?

kawan aku . dia nak bagi kejutan pada perempuan yang dia suka .

dia nak bagi cincin . tapi dia tak tahu saiz . maklumlah .

perempuan tu tak pakai cincin .

hehe ! kawan aku ni , punya la bertuah . dia pergi beli  5 6 bentuk cincin yang berlainan saiz .

aku gelak besar bila dengar dia cerita kan benda ni pada aku . haiii....kawan..kawan....

semoga bahagia ya kawan ? hehe !

Friday, September 17, 2010

~ kenangan kita

aku tak tahu kenapa aku tergerak hati untuk bercerita mengenai kenangan ni . .

mungkin kerana aku tiba-tiba ingat . .

aku ingat lagi . . MRSM KUALA TERENGGANU , kelas 4 B , Bangunan baru .

secebis kertas tu . . terselit di bucu meja aku . .

kau yang hantar . . dah lama tapi aku baru perasaan . . hehe

maklum la meja best student . . bersepah-sepah . . haha ! (* perasan !)

aku hairan sebab nama pengirim tu 7.7 . .

apa kah ? aku dah mati akal fikirkan siapa 7.7 tu . .

dan akhir nya (* aku ingat lagi ayat ni . . ) , 'jumpa d tangga masa prep petang . saya pakai baju hitam '

masa tu : 'haish . . yang tinggi ke yang pendek sikit tu ? '

rupa-rupa nya yang kurang tinggi tu . . hehe ! handsome !

dan dari situ la aku dan dia mula ber***** . .

sekarang ? tak ada hubungan apa-apa dah . .

aku benci orang terengganu tak tahu kenapa . . mungkin sebab kecewa dengan dia . .

tapi sekarang aku tak benci dah . . aku dah moved on . .

Wednesday, September 8, 2010

~ titik

aku ada anak angkat .

thanks to Nik Sharil Afiq Mokhtar for adopting that child .

nama anak angkat aku kiki .

ni gambar dia .


thanks papa . love it .

Sunday, September 5, 2010

~ dari lelaki kepada wanita

Di takdirkan suatu hari aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama Hafizi ( bukan nama sebenar ) .

Dia bertugas di Kota Bahru . Dekat dengan tempat aku belajar .

kemudian satu hari dia SMS aku .

awak , malam ni awak ada kerja tak ? saya nak jumpa awak .

seingat aku , malam itu aku tidak aktiviti . jadi aku setuju untuk menemuinya .

lalu ,

awak , awak ada pakwe ?

ya . kenapa awak ?

tak ada apa . best kan ada orang istimewa dalam hidup kita ? dulu saya pun ada . tapi sekarang , dah tak ada .

kenapa wak ? sorry la kalau soalan saya ni sensitif bagi awak . kalau awak .. ( belum sempat aku habiskan ayat dia dah potong . )

tak apa . saya yang bersalah dalam hal ini . awak ingat tak masa kita mula-mula kenal saya kata muka awak macam Ieda ?
Ieda tu ex saya . dia manja sangat . macam awak . dia suka pakai kasut flat macam awak . dia kecik macam awak . sekilas pandang memang saya ingat awak ni Ieda .

jadi ?

selepas saya ditugaskan untuk berkhidmat di Kota Bharu , saya berkenalan dengan seorang gadis nama Liza . Disebabkan Liza lah saya putus dengan Ieda . Liza banyak mengajar saya yang kasih sayang tu bukan segala nya. dan bukan kerana saya sayang kan seseorang saya perlu biarkan dia pijak kepala saya . Ieda manja sangat . kalau ada kucing , dia nak saya dokong dia sampai ke tempat parking Moto sebab dia geli dengan kucing . kalau makan dekat warung yang dia tak suka , dia nak saya suap dia sampai nasi dalam pinggan dia habis.

owh . lepas tu apa jadi pada Liza ?

bila saya putus dengan Ieda , Liza la yang jadi peneman saya . Alhamduillah Liza faham saya . maklumla awak kerja saya ni kan susah . ikut orang call .

( suasana sepi sebab antara aku dan dia , dua-dua senyap )

tapi wak , hanya kerana beberapa perkara saya bercerai kasih berpisah jasad dengan Liza . Liza jujur sangat dengan saya . dia cerita semua pada saya . berapa kali dia terlanjur . dengan siapa . semua . sekarang Liza pregant awak . saya sedih sangat .
1 hari tu , saya mesej abah dia . saya cerita pada abah dia semua dan minta abah dia untuk menghantar dia ke Pusat Pemulihan Akhlak . 1 Ramadhan lepas dia mesej saya . 'pa , abah nak hantar orang pergi kem . 3 hari kat pengakalan chepa . orang tanya baha kem apa tapi abah tak bagi tahu ' . awak , airmata saya menitis buat pertama kali nya kerana seorang gadis .
disebabkan saya . bodoh nya saya . hantar orang yang saya sayang pergi ke tempat macam tu . 3 tahun kami tak dapat jumpa . selepas dia pergi , hari-hari saya dail nombor sama . sampai nombor tu dah tiada dalam perkhidmatan . tapi disebabkan saya awak . bodoh nya saya .

( ketika ini aku hanya berdiam diri bersama titisan-titisan air mata . sungguh ! aku terharu . )

( Hafizi cuba untuk bercerita lagi tapi dia tak mampu . esak nya sahaja yang kedengaran ) tiba-tiba..
awak , salah ke apa saya buat ni ?

tak lah awak . awak kan sayang kan dia . lagi pun itu kan yang terbaik untuk dia . 3 tahun dari sekarang , bila dia dah keluar , awak masih ada dia . 3tahun dari sekarang awak dah ada simpanan untuk awak dan dia .

tapi awak dia mesti marah saya . mesti dia tak nak jumpa saya .

awak , saya ni pun seorang perempuan . kalau marah memang la marah tapi tak lama . percaya la awak . kalau awak dan dia di takdirkan ada jodoh , 3 4 tahun terpisah tanpa berita sekali pun , korang tetap bersama . okay ? kuatkan semangat . saya yakin awak boleh hadapi semua ni . awak kan seorang yang tabah .

(* tu sahaja yang mampu aku cerita . bagi aku cinta itu terlalu kompleks untuk di huraikan . tapi sungguh aku tak sangka . seorang lelaki yang sangat keras hati , ego , menitis kan airmata kerana merindui insan yang amat disenangi nya . begitu tinggi nya nilai cinta kan ? kalau lah ada orang yang sayang aku sebegitu )

Monday, August 30, 2010

~ monyet











Sunday, August 29, 2010

~

dah lama rasa nya aku tak berceloteh .

sebelum aku menaip karya ni , aku sempat sekali imbas entry-entry blog kawan-kawan aku .

malam ni aku rasa macam rajin untuk bercerita mengenai seorang wanita a.k.a perempuan .

(*wanita ni macam dah tua sangat . perempuan macam ok sikit kot )

wanita ni (ayu bukan nama sebenar ) seorang yang cepat jatuh hati . sangat cepat .

satu hari dia terpandang seornag mamat di tempat awam . tup**

terus dia rasa tertarik untuk kenal mamat ni . cute boleh tahan . tak tinggi tak jadi masalah bagi ayu sebab ayu pun rendah je .

tapi . . . . mamat ni smoking . (*haish ! )

tak pe la . boleh dimaafkan kot . hehe . macho punya pasal .

ayu berusaha untuk tahu nama mamat tu . nama mamat tu mirul (bukan nama sebenar )

dia tergerak hati untuk cari profile facebook mirul .

ahah ! jumpa ! gembira nya hati ayu . terus dia  tekan butang add as friend .

dalam hati ayu ,

; ayu ! jangan la .
: ish . ayu , bila lagi . kalau kau tak mula kan , nanti kau gigit jari .

tiba-tiba , mirul approved . waa !

tanpa fikir panjang , ayu terus chat dengan mirul .


; hai awak .
: hai .

banyak dan panjang lebar lagi dia chat . tapi dengan sepatah perkataan ni buat ayu rasa benci pada mirul .

: dah la . jangan ganggu saya lagi .

niat ayu cuma untuk berkawan . ayu marah sangat . sampai sekarang .


(* kawan-kawan , bila saya rajin,saya sambung ya ? )


Wednesday, August 25, 2010

~ which one is me ?

My dear,

Wife is a TV. Girl friend is a HandPhone.

At home watch TV. Go out, bring HandPhone.

No money, sell TV. Got money, change HandPhone.

Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HandPhone....

TV is free for life. But HandPhone, if you don't pay, services will be TERMINATED!! !
 
 
(* gambar yang tak ada kena mengena)

Saturday, August 21, 2010

~ untuk anda semua

tak tahu nak bercerita pasal apa ni sebenar nya . tapi nak taip juga . huhu .

lama aku termenung depan laptop ni sebenar nya . alahai .

apa entry untuk malam ni ya ?

nak aku bercerita tentang apa ni kawan-kawan ?

cerita sedih nak ? ke nak cerita apa ? aku copy 1 cerita ni khas untuk kawan-kawan sekalian .

(* aku googling ni 1 jam tahu ? )

(*sorry la ya kawan-kawan kalau anda kurang faham sebab aku copy and paste . tak edit balik ejaan nya . penat la . banyak sangat yang pelik-pelik . jom kita baca sama-sama )






Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing-masing,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..




Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com . Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.







Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...







Mak.....



Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....



Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,



Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....







Mak tau tak.......



itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....



dan itu juga terakhir kali nya.



Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....



nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......







mak macam dah sedia.....



Seminggu sebelum tu......



mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....



Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....



tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......



kakak pun rasa hairan.....



mak tak penah buat gitu.....







pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......



tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......



kengkadang siaran indonesia ..



mak terus tekun menganyam...



Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...







Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....



pastu mak jemur karpet-karpet. ..



pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..



mak biarkan ruang tu kosong..



rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..







paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..



ada kat dalam almari.....



ada kat dalam dalam beg.....



ada dalam ASB.....



ada kat dalam Tabung Haji..



mak cakap tak berapa cukup lagi......



ada kat dalam gulung tikar.....







masa tu mak perasan takk..??



kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...



kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...



mak cuma gelak jer...



eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..







Mak.....



Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....



bila malam tu kiter sampai dari KL.....



mak dah dalam kesakitan.



Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....



mak tetap takmau pi hospital.... .



dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..



Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .



tapi kiter berkeras juga pujukk..



nanti di hospital ada doktor...



ada ubat untuk mak..



kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..







Mak tetap tak bersetuju... ..



mak memang degil..



tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..



Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....



mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit



kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..







Mak.....



amponkan kami semua...



kami nak mak sehat...



kami sayang mak...



kami tak mau mak sakit...



kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....



ampon kan kami yer mak....







Mak.....



Malam itu abang bawa mak ke hospital



dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...



Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,



kiter kata nak beli kereta....



Mak asyik tanya ajer..



cukup ker duitt..



kiter jawab pula...



kalau tak cukup, mak kan banyak duit...



mak gelak ajerr.....







Lepas tu bila kereta kiter sampai....



mak buat kenduri kesyukuran... ....



Dan kiter masih ingat lagi...



bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....



Punya la kiter takut...



kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....



Bila balik sahaja kampong....



kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....



Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...



mak tanya kenapa...?



Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....







Mak....



tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...



Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...



mak, kiter menipu mak kan ..



ampon kan kiter.....



Mak.....



Jam 4.30 pagi 19/08 /2006



Bila tiba aja kat hospital.....



nurse tengah balut mak dengan kain putih.......



mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...



Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....



Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....



Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...



mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn







Mak tau tak....



Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...



Adik kat sebelah diam melayan perasann...



Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...



jalan di depan terasa makin kelam.....



airmata dah tak mampu di tahan....



Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...



Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...



di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..



kosong. ...sekosong hati ini.....



Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....



terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....







Mak......



Kiter masih ingat lagi....



Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...



Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....



Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....



Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....



Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....



Mak perasan tak.....?







Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....



Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."



Bila makcik tu kata gitu...



lagi laaaa laju airmata ni...



tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....







Mak.....



Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....



kiter nangis ni.....



Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....



Takder orang yang bangun lagi.....



kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...



kiter rindu kat mak....!



Takpa la....



nanti bila kita selesai sembanyang subuh,



kiter baca yassin untuk mak...



mak tunggu ya..!



Mak..



Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .



Semua anak2 mak mengelilingi mak...



menatap wajah mak buat kali terakhir....



Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...



Mak rasa tak....



masa tu kiter sentuh dahi mak....



kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....



Kiter tak mampu nak cium mak...



kiter tak daya....



kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...



Airmata kiter tak boleh tahan....



Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...



tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....







Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....



Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...



badan akak terasa panas...



makk...



anak mak yang seorang tu demam....







Mak tauu...



cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .



Mak.....



Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...



Begitu terasa kehilangan mak...



boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...



Dan sampai satu tahap....



masa tu malam jumaat selepas maghrib....



Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....



entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...



semakin kiter tenung terasa semakin sayu...



tangisan tak dapat dibendung...







Mak tauu...



kiter cuba bertahan...



memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...



Kiter rasa nak telefon mak.....



nak cakap dengan mak.....



anak mak yang ni dah tak betul kan ..?



Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....



Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...



Puas la kakak memujuk kiter...



Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."



Dan akhirnya akak juga nangis.....







Mak tau tak..



di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...



rasa nyilu sangat...



menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....



Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....



hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....







Mak....



cukup la sampai sini dulu....



kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....



kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...



selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....



kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...



esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....



Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....



pastu kawan kiter bgtau...



simpan je buat kenangan..



Kiter cuma tau alamat ni aje...



Takper yer mak...k



Kiter kasi orang lain baca...



Kiter stop dulu...



sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...



akhir kata untuk mak,



I LOVE YOU SO MUCH



dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...



memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..



sampai masuk univesiti....



sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...



boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..







Sekian terima kasih .