Welcome to my Page

Followers

Wednesday, March 30, 2011

.: such a happy day:.

hai2..sekarang ni aku dalam kelas. orang lain sebok2 buat projek BIO 300..aku,sebok berbelog+khayalkan si dia..
hehehe

last night, aku happy sangat2. of cause mula2 tu aku sedih dulu. then baru happy..kn? tu la nama nya hidup..heeee :P kelas aku pagi2 buta. 1kelas je. then aku ingat nak ajak dia keluar. dia buat dak je....

(cop! jap lagi sambung. nak transit kelas jap.)

Tuesday, March 29, 2011

. : i need you : .

ok ok..aku rasa lately entry aku is all about him..kn? kn? kn? sampai kan tak ada orang nak baca lagi dah..kn? tapi apa aku kesah. ni blog aku.. tempat aku meluah ludah..wekk!! aku tak heran! huh!

aku rindu dia lagi la.. kenapa susah sangat kita nak get over it bila kita sayang dia macam gila??

aku baru je niat nak move on. yela, aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi. aku dah pujuk, aku dah mintak maaf, aku dah pergi KL semata2 nak jumpa dia and to show how much he means to me. tapi i gain nothing. not a little bit as i hope for. kadang2 aku rasa macam bodoh. (memang bdoh pun!) tapi apa aku boleh buat. aku sayang dia lebih dari segala2. aku dah try tak msej dia. tapi end up, jari aku tup tap tup tap,sent! 

i don't seems to have any idea of why i did all those. argh! seksa tahu tak? lagi dua minggu final exam. aku, still in the state of stressing my mind, ripping out my heart. broken gila rasa. kalau aku ni anak jutawan, millionaire ke apa yang kaya2 tu, aku dah stop belajar, pergi jalan2 ke oversea, ke mana2 je untuk stay away dari cari dia. yela. dah terang2 dia tak nak aku. for what aku nak terhegeh2 lagi kan?and and, kalau aku ni bodoh gila, aku ni tak beragama, aku dah lama gantung diri sendiri. weh, aku seksa zahir batin tahu tak?

tapi believe me. it is much easier to say it out loud rather than doing it. bahu yang memikul lagi berat dari mata yang melihat. percaya la! 

tipu kalau aku cakap aku tak fed up trying. tapi apa lagi daya aku? aku penat jadi orang bodoh. tapi aku tak boleh tak ada dia. lagi tipu kalau aku cakap aku tak rasa apa2 bila dia cakap," kita dah tak ada kene mengena". tipu sangat2! haktuihh! aku tipu! tapi aku gagah kan jugak. demi nak bersama dia balik. aku taj ada jaminan yang kami akan kekal sampai bila2 andai bersama balik. tapi one thing yang aku jamin, aku akan berubah kepada yang lebih baik dari dulu. trust me!  

konklusinya, aku boleh cakap yang aku fed up tapi hati aku tak pernah fed up. aku sedih bila dia buat tak tahu, tapi aku ni degil sangat. nak kejar jugak benda yang dah tentu2 bukan milik aku.

ok2. aku out dulu. aku nak nyanyi.nak lebat kan lagi hujan kat luar tu. good night readers. 

p/s : nik sharil afiq mokhtar, i need you. i miss you and i'll never ever going to stop from loving you. not even once.

Sunday, March 27, 2011

. : im home! : .

hai..im home..dah 3hari tak update blog..hehe..konklusi untuk my voyage ke KL is priceless..  

excited yang teramat sangat. :) makan Mc D, jalan2, makan lagi, sesat naik tren, duit hilang semua tu tak ku peduli janji dapat buat semua tu dengan dia. sampai aku lupa nak beli starter pack Digi. adeh! hehe..

tapi.... (still ada tapi yang banyak..)

  1. cincin couple aku jatuh,..nasib baik jumpa balik..yipiiieee.. ni pasal naik train dengan orang ramai,sesak gila2.
  2. apa akan jadi nanti? will it be continue? ke discontinue?
  3. arghhhhh~ takut!

ok..off to class dulu..nanti aku upload few pictures ok?

Wednesday, March 23, 2011

. : entry yang ke143 : .

Hai! erm~~ esok aku gerak ke KL. takot!! adeh. barang dah pack. semua dah siap. takot tu semestinya. huhu. dia nak jumpa aku tak ni?? mesej member dia pun tak ada respon. takot!

Tuesday, March 22, 2011

. : entri khas buat dia part 3 : .




hari ni dah 22/03/2011. Aku makin nervous. 24 ni dah gerak pg sana. dia nak ke jumpa aku? serious aku takut. dia macam dah taknak jumpa aku. semalam aku terbayang. aku dah sampai KL. tapi tak ada siapa2 pun nak jemput aku kat stesyen. tak ada siapa2 pun yang datang nak jumpa aku. aku call, aku messege, tapi tak ada balas apa2 pun. sekarang aku tengah tak sedap badan. rasa macam nak demam. aku takut. aku tahu aku terlalu fikirkan hal ni. tapi, salah ke?


semalam aku keluar dengan kawan2. aku beli 1jersi untuk dia. aku harap dia suka. kat depan aku sekarang ramai couple2. tapi aku? sorang2. HP pun tak ada bunyi2. tak payah cas pun sebab bateri tak luak. aku tak tahu nak buat macam mana sekarang. aku takut. macam mana ni?? 



Sunday, March 20, 2011

. : jiwa kacau ! : .

http://www.youtube.com/watch?v=m_ooT-6Rb08

dia pernah bagi lagu ni kat aku.. =,=! rindu nya..~~

Thursday, March 17, 2011

. : aku nekad! : .

aku nekad!


kalau kau buang aku, kau serious taknak aku, aku bunuh diri!


sumpah! kau takkan faham apa aku rasa. baik aku mati je dari hidup tanpa kau!

. : aku menyesal! : .

aku menyesal! aku tak boleh hidup tanpa dia. serious! siapa2 yang baca entry ni, tolong aku. aku dah tak tahu nak buat macam mana. mana2 aku pergi, apa2 aku buat. kau je yang dalam fikiran aku. serious aku menyesal buat kau sakit. Demi Allah! aku menyesal. aku tak nak hidup tanpa kau. aku tak bergurau. cinta bodoh? aku bodoh? biar! demi kau. aku sanggup jadi bodoh. aku sanggup jadi apa pun demi bersama kau. aku rindu kau sangat.

AKU BOLEH JADI GILA. MUNGKIN JUGA AKU AKAN AKHIRI HAYAT AKU NI BILA AKU DAH TAK TAHAN SANGAT DENGAN SEKSAAN NI. MAAFKAN AKU! aku cuma nak bersama kau. tu je.

. : sentap jiwa ! : .

seriously aku terkejut yang amat sanagt. 

tadi kawan kelas aku tanya aku. mana nak cari layout yang cute2. aku taip jela kat google search tu..

"Cikkecik.blogspot.com"

guess apa yang keluar..hurmmm...

"afiq...(bla..bla...bla...) 'what's real for you is not real for me' http://cik.kecik.blogspot.com/dari-ema-kepada-afiq"..

see..?? siapa yang tak menyirap?? ok. maybe aku yang over. maybe tu bukan afiq aku. tapi celah mana datang nya "http://cik.kecik.blogspot.com/dari-ema-kapada-afiq" tu?? pelik jap.hadoi..aku harap sangat tu bukan dia..seriously!

. : susah sangat ke ? : .

susah sangat ke nak spent time even kejap?

aku bukan mintak 24jam. aku tahu la aku ni siapa bagi kau. aku dah tak ada kepentingan bagi kau. kan> sebab tu kau ambik mudah.

aku cuma nak perhatian dari kau yang tak sampai 1jam pun. aku tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. kau pun tahu bila kau macam ni, aku fikir bukan2. mana aku tak fikir kalau kau buat macam ni. susah sangat ke?

aku tahu la. dari dulu sampai sekarang. aku je yang terhegeh2 kan kau. aku bukan anak patung. susah sangat ke nak jaga hati aku even kejap?

Tuesday, March 15, 2011

. : entri khas buat dia part 2 : .

farah asyikin-kembali lagi disisi mu 


Oh! Kekasihku mengapa
Kau tinggalkan diriku
Ketika ku belum puas untuk bersama
Kerna kesilapan yang tak ku sengajakan
Menjadi punca perpisahan ini

( korus )
Di manakah kau yang ku rindu
Di manakah kau inginku temu
Menjalin cinta bersama semula
Untuk kali kedua
Oh! Di manakah kau yang ku cinta
Di mana kau yang ku rindu
Hilang tak mungkin berganti
Oh! sama seperti adanya dirimu

Oh! kekasih mengertilah
Kau masih ku cintai
Maafkan ku andai
Masih ada ruang di hatimu
Ku ingin kembali lagi
Di sisimu seperti dulu
Menyintai dirimu buat selamanya

( ulang korus )

Kekasihku kembalilah
Kembali datang segera ha...
Ku menantimu sentiasa ohhh
Yea yea yea...
Kekasih kembalilah
Hilang tak mungkin berganti
Seperti adanya dirimu
Hei hei hei...

. : PINK oh health ! : .

hah ! sempoi gila tajuk entri before bed time ni.

saja nak buat gempak sikit2. aku bukan nya pink sangat pun. 

setakat nak buat sajak boleh la. harta aku dah banyak yang berunsur pink 
( padan muka! dulu tak suka pink sangat kan?)

pink of health?? hurm~~ yes yes. memang aku pink sangat2. aku sehat. terima kaseh pada dia yang teman aku. tapi dalam senyum yang konon nya pink of health tu, aku sedih. sebab dia bukan milik aku lagi. dia bukan my sayang lagi dah. hurm..

ok lah. before jadi apa2. baik aku pink! tidurrr~!! night2 blog tersayang!

Monday, March 14, 2011

. : sempoi dok ada part 2 : .

suka betol aku dengan make up make up ni..

jom..

. : sempoi dok ada : .

Hai!

entry hari ni cuma gambar gelang kaki.



Nak boleh??

Sunday, March 13, 2011

. : aku bukan nak poyo semata2 : .

macam yang aku sangka2. kau tak kan baca blog aku. haish! 

aku ingat dengan 'busy' kan diri berkerja, aku tak kan rasa sunyi. tapi malang nya, malam ni aku rasa kehilangan sangat. sunyi  sangat. aku sendiri tak tahu macam mana lagi nak atasi rasa ni. 

aku tahu kalau pun aku mengadu pada kau, kau bukan bagi respon yang aku harap kan. kau cuma akan cakap "hm". kau tahu tak yang hati aku ni sangat sunyi kerana kau? kerana kau tak ada. kerana kau pergi. aku tak tahu.

aku banyak ditimpa musibah yang aku tak sanggup nak pikul. banyak kali aku fail paper montly test sem ni. aku hilang kau. aku hilang kawan (sekarang aku ada kawan baru tapi still. yang baru tak sama dengan yang lama). hidup aku meman totally changed sejak kau pergi. i missed you ! maybe aku tak cukup baik untuk terus bersama kau. maybe aku belum cukup bagi kau kebahagiaan. tapi bagi aku, kau dah cukup baik untuk aku. kau dah bagi aku kebahagiaan yang cukup. 

aku taip blog bukan nak poyo semata2. aku update apa yang aku rasa. sebab apa yang aku rasa, belum tentu ada orang yang nak dengar.

aku ponteng kelas bukan sebab aku berlagak pandai. aku ponteng sebab malam2 aku tak dapat tidur. sebab aku ingat kan kau. sebab bila aku mimpi benda bukan2, kau dah tak ada untuk tenang kan aku dan buat aku tidur balik.

aku tak makan bukan sebab aku diet untuk kurus. aku dah memang kurus. (bukan berlagak ok?!) tapi sebab kau dah tak ada untuk makan sama2 dengan aku. memang aku ada kawan2 yang boleh sangat setakat nak teman makan2 ni. tapi kau tak ada. tak ada orang yang akan tanya tadi makan apa, best tak, banyak ke makan, makan kat mana, tak ada yang akan cakap, nanti balik kita makan sama.

aku bukan nak mintak simpati dari siapa2. jauh sekali minta belas ehsan dari insan bergelar lelaki. ni cuma luahan aku yang sedang kehilangan orang yang aku sayang. orang yang aku sia-sia kan. 

sejuta kali aku cakap aku menyesal pun tak ada guna dah sekarang. kau dah terang2 tak nak aku, tapi hati aku ni je yang degil. tak boleh terima hakikat. tak nak terima kehilangan kau. tak nak redha untuk hidup tanpa kau. serious aku masih tunggu kau. 

aku bukan marah kau buka FB kau balik. tapi aku marah bila dengan orang lain kau boleh cakap elok2. boleh gelak2. dengan aku? dah tak ada. memang dulu ada. tapi sekarang? kita bercakap mengenai masa sekarang. aku sayang kau sangat sekarang. sejak aku pergi, aku rasa sangat kehilangan kau. malam ni, aku rasa rindu sangat suara kau. rindu untuk dengan ayat tu. kalau pun ada orang lain ucap kan pada aku, ayat tu tak membawa makna pada hidup aku, tak ada kesan pada hati aku. kau sorang je yang aku kesah. kau sorang je yang akan buat hidup aku macam dulu. 

sungguh! aku rindu kau yang teramat sangat. aku tak dapat tidur malam ni walaupun aku penat sangat hari ni. aku tak larat. aku penat dengan hidup tanpa kau ni. aku penat berjalan tanpa teman. aku penat bercakap tanpa orang yang mendengar. tiap2 malam aku berdoa moga pagi2 subuh esok aku dapat kau. dapat bersama kau balik. tapi sia2. malam ni aku nak berdoa moga aku dipendek kan umur. mungkin tu lebih baik. bukan nya aku dah banyak pahala or amal. tapi aku dah tak larat. aku terlalu sunyi. terlalu kosong hati ni.

aku mintak maaf. aku rindu kau. 

Saturday, March 12, 2011

. : entri khas buat dia : .

[......Seribu SMS dengan ayat berjela tu tak setanding pun kalau nak banding dengan satu SMS yang kau tunggu even cuma ada " Hai, morning :) "......] ayat di copy dari blog kak feeza. aku setuju sangat !
 
 ................tapi.............
entry ni bukan untuk si dia tersayang semata2.. tapi juga untuk kakak kesayangan aku yang selalu di timpa musibah..she is my kak feeza . ( click link to untuk tahu kenapa. ) 

aku bukan nya tak de keje nak update entry dengan sibok2 jaga kain orang.. just that aku sedih and kesian dengan kakak aku tu.. single mother at the age of 22.. horror kot kalau kene kat aku.. aku ni nak shopping barang dapur pun terkedu2..ni kan pulak nak jaga baby sendiri.. tatkutttt..!!

apa2 pun aku harap aleeya n kak feeza always di limpahi rahmat.. tuhan sayang korang..sebab tu banyak dugaan yang datang..

. : tak puas hati lagi ! : .

baju baru blog dah cantek..banner pun dah ok..falling petals pun dah ngam.. tup2 ak TERperasan somthing ! adeh!!!! kenapa keluar "bisik pada kanda"  plak ni?! macam mana nak tukar ?? adeeeeehhhhh ! potong !

. : just a story : .

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku. 
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak… 
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan. 
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang. 
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi. Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu. 
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…” 
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur. 
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic. “Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia. Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku. 
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital. 
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin. 
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir.
Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain. Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci. Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu. 
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Friday, March 11, 2011

best nya kan?

aku suka sangat dengan baju baru blog ni..

aku buat ni masa tunggu mesej dari dia..

aku harap sangat dia tengok blog ni..

aku harap sangat dia suka..dia baca..blog aku kosong je..

~ ~ ~ ~ hurmmm ~ ~ ~ ~

aku ada satu tabung..tapi dalam tabung tu tak ada duit..ada surat2 & nota2 kecik untuk dia.. 

so sweet~! ahahaha ! ok2..jom sambung study.. :)

Thursday, March 10, 2011

.: hari2 tanpa kamu :.

mungkin orang lain akan gelak atas perpisahan kita ni.
tapi bukan aku.
aku tahu ada pihak yang bersorak.
tahu tak?

bila aku balik, aku cari hp. harap2 ada mesej dari kau. tapi hampa. tak ada pun.
jadi aku geledah balik mesej2 lama.
best nya kalau sekarang ada mesin masa. 
aku nak balik ke masa tu. aku janji tak kan sia2 kan semua.
aku akan guna kesempatan tu sebaik mungkin. tak macam dulu.

sungguh! aku rindu kau.
baca mesej lama pun aku boleh keluar air mata. padahal mesej " ea syg" je.
hati aku terseksa sangat. aku tak pernah kisah untuk berkorban demi kau. 
sebab aku sayang kau.

kalau dulu aku ingat cinta tu tak wujud untuk bersama dengan ikhlas.
tapi bila dah rasa cinta dari kau, aku rasa cinta memang wujud. tapi saat aku sedar, semua dah telambat.
dulu cinta pertama aku cuma cinta kanak2. aku rasa cinta tu sebenarnya mainan. tapi cinta antara kita, aku tak tahu. mungkin aku boleh cakap yang ni ialah cinta pertama aku. ye. kau cinta pertama aku yang paling aku sayang. yang paling aku hargai. yang paling bermakna bagi aku. 

terima kasih kau dah ajar aku apa erti cinta. apa rasa cinta. memberi dan menerima cinta. 
kau pernah cakap yang rindu antara kita tak kan pernah hilang. aku rasa sekarang aku tahu kenapa kau kata macam tu. 
tiap kali aku dengar lagu cinta, aku ingat kau. saat kita bersama. gelak tawa bersama. nangis bersama. bila aku ingat semua tu, mata aku berair tapi mulut aku tersenyum. aku sedih sebab aku dah tak dpat rasa semua tu dengan kau lagi. aku gembira sebab saat tu, aku gembira disamping kau. 

kalau dulu aku suka sakat kau. apa kau larang,yang tu lah aku nak buat sebab aku suka dengar kau cakap, marah aku. sekarang,kau cakap la apa pun aku akan buat. sebab aku nak kau pandang aku lagi.nak dengar kau panggil aku. nak bercakap dengan kau lagi.

dulu, aku suka buat kau tak senang duduk sebab aku nak rasa di perlukan. aku suka bila kau selalu tanya aku  tentang hidup aku. tapi sekarang, kau duduk senang. aku yang tak senang. aku gelisah. risau kan kau. aku tahu kau selalu selesema. selalu tak sihat. tapi bila aku tanya tentang hidup kau, kau tak cakap apa2.

dulu, kalau HP aku mati, aku risau. takut kau ada apa2 nak cakap. sekarang, walaupun HP aku hidup, kau tetap tak ada apa nak cakap. dulu, lepas on HP mest ada mesej dari kau. pagi2 lagi dah ada mesej. " morning syg.." sekarang, sampai malam 1 mesej dari kau pun tak ada.

aku cuma nak bersama kau. aku tekad untuk berubah. aku nak kau.