Welcome to my Page

Followers

Monday, April 25, 2011

entri terakhir

hai. ni maybe antara entry2 terakhir aku. just maybe. aku tak tahu. maybe aku ada masa seminggu lagi. or lebih,aku tak tahu. tuhan yang tahu. 

 well, for all wrong doing yang pernah aku buat, yang aku sakit kan hati siapa2 yang baca belog ni or yang kenal aku secara sengaja or tak, either aku memang berniat or tak, aku mintak maaf. 

aku ada banyak benda nak share tapi aku tak tahu mana nak mula. ye. aku ni noob sangat kan? kata la apa korang nak kata. ok? sampai korang puas hati. pape pun, doa kan aku jumpa kebahagiaan. hanya kawan2 terdekat sahaja yang tahu kenapa aku aku berhenti menulis, berhenti berbelog, mati kan HP, berhenti belajar. Ym segala bagai. aku dah off. pape pun, aku harap korang tak jalani hidup aku ni. sebab sumpah seksa. ok? bersyukur la dengan life korang ada sekarang. mine is worser than yang korang lalui tu. aku tak banyak masa. aku off dulu. 

mintak tolong boleh? tell him i love him so much. tell him that if he loves me back, he wont left. 

miss you holding me

Saturday, April 23, 2011

patah pendek

malam ni malam penentu.
esok aku tak tahu dapat ambik final or tak.
aku tak boleh study. semua tak masuk. aku nak menangis rasa.
aku suka gila dengan biology tapi kenapa kali ni jadi susah.


aku ada satu harapan yang betul2 aku harap. 
aku tulis kat belog dia.
aku harap sangat. please.


BTW, barang aku, even makanan yang aku ada or masak,
bukan haram untuk disentuh. 
serious rasa nak marah. nak, makan jela. jangan nak buat macam aku ni haram.
kau siapa nak hukum halal or haram. wali??
adeeehh

cerita sugul aku

aku lari dari rumah. 


ayah aku tak cari aku pun. biar lah. aku sedih gila. pakwe tak ada untuk aku mengadu. kawan2, aku segan sebab aku baru kenal mereka. lain2? aku tak ada. aku sunyi sangat. esok aku exam. tapi aku tak rasa yakin. tak rasa apa2. aku rasa macam this is it. this is the end of my future. aku dah menyerah. aku dah tak ada semangat sikit pun untuk teruskan hidup. aku rasa nak lari dari semua ni. kalau kau ( nik sharil afiq mokhtar) baca ni, aku harap kau faham apa aku rasa. walaupun dengan ucapan pendek. 


aku rindu kau. saat2 yang perit dulu, kau selalu ada untuk tenang kan aku. bagi aku semangat untuk hadap semua masalah tu. sekarang, aku rasa macam bangkai bernyawa. sekarang,saat ni, aku sangat berdoa untuk kita bersama balik agar aku ada orang untuk berkongsi. untuk aku rasa, there's someone who love me instead of me loving my own. untuk ada sebab kenapa aku perlu tabah. family sendiri tak pedulikan aku. kau tak pedulikan aku. ni semua buat aku rasa aku useless. 




" Yeah - you’ll never know what happened the next day.Hari ni kau berjanji sehidup semati - tapi esok mungkin kau menyampah dan bosan dengan pasangan kau.Hari ni mungkin kau cakap kau sayang kat dia - dan tidak akan diduakan.Tapi kau juga yang melanggar apa yang kau katakan tu.
Manusia adalah makhluk pelanggar janji.Selalu apa yang dijanjikan amat susah untuk ditunaikan.Secara jujurnya adalah lebih elok untuk tidak berjanji.Kadang-kadang janji-janji kita ini akan memakan diri.
Kadang-kadang kita berdosa untuk bersikap jujur.Kata-kata jujur - walaupun benar,namun ia akan dihina.Kadang-kadang - hidup ini,adalah lebih baik hipokrit untuk diterima dari bersikap jujur."

saya cuma harap awak faham

kenapa awak tak pernah bagi tahu saya ?
kenapa awak tak nak bertahan lagi ?
saya cuma harap awak faham.
yang saya masih rindukan awak.
masih perlukan awak.

so yesterday

aku hajat nak cerita something pada kawan2 di belog ni. 
of my life. tapi entah lah. so stressed out. huhu.

apa2 pun, aku rasa nak marah. why dia nak marah aku? 
hello, kau dah ada GF kan? its ok. aku faham tu. ingat aku nak terhegeh2 pada kau?
my entri? its not about you. so jangan nak perasaan ok? 
hidup aku penuh dengan kawan2. hari2 aku jumpa kawan2.
so, my entri yang tak spesifikli sebut nama siapa2 could be anyone.
bukan kau. ok? be matured sikit,. 

Thursday, April 21, 2011

cer-pan

*cer-pan is cerita panjang


morniingg.. hari ni morning aku memang morning yang betul..pukul 7.41 am.. kenapa morning sangat ni ye? kejap lagi aku story telling.

 first thing first. semalam aku ber'sms' dengan Afiq. ye Afiq lagi. hehe! walaupun masa tu aku agak busy, tapi aku tipu dia. yela. dia sms aku tu. susah nak percaya. tapi tu lah dia. bila aku dah nekad tak nak sms dia, tak nak contact dia, dia datang. aku memang happy. suka, yela, tiba2 HP bunyi,lepas tu pic dia keluar dengan love2 bagai, naik nama kat skrin, " my sayang ",tapi lepas tu? aku sedih. down gila. rindu apa semua. banyak juga benda yang kitaorang sms kan. 


paling aku perit nak bagitahu dia ialah bertapa tawar nya hati aku dengan cinta sekarang ni. sorry sangat. aku tahu aku tak cantik, tak cun, tapi buat masa ni, aku rasa kalau ada orang yang dekat2 dengan aku, nanti jadi mangsa je. ialah, hati tengah suam2 kuku lagi, kang tak pasal2 cakap aku main kan hati someone. bila dia sms semalam,tiba2 kepala aku terlintas. what if dia tiba2 cakap nak aku balik? then otak aku direct bagi jawapan even aku tak sempat nak fikir dalam2. 'terima jelah. kan sayang Afiq lagi. tak salah kan?' ok. tu yang otak aku bagi tahu aku. honestly memang aku nak dia juga. tapi aku takut dia akan buang aku macam ni lagi. dah2 la. dua kali dah aku kena buang (dengan yang first couple dulu and dia). yang aku bagi ialah cinta. tapi yang dia anggap, seksa.


ok. ok. aku nak story kenapa morning aku awal pulak. sebab nya ialah......

sebab semalam aku keluar jalan2. member aku yang sorang ni tak ada laptop. kesian dia nak buat assigment. aku bagi la dia pinjam. tapi sure2 la dia kena guna depan mata aku. haha! sebab tu la aku keluar. aku sayang Baby aku ni. lepas dia siap guna laptop aku (ekceli laptop habis bateri), dia nak belanja aku makan sebagai tanda thanks. tapi aku tahu dah dia sebenar nya nak spent time dengan aku. ( ok aku perasan. haha!) lets say, member aku ni si A (bukan nama sebenar) yang pinjam laptop apa semua kan? tiba2....


member lagi sorang yang aku kenal juga (si B) bagitahu yang ada orang nak cari gaduh dengan dia (B). so, semalam kita acara gadoh2 lah ye. kumpul geng2, siap2 semua. aku? aku pun angggkut geng tapi lepas tu aku nyorok. kena paksa sebab aku perempuan yang kiut miut (hahahaha!) =,= baru ingat nak tengok tapi kena marah. huhu. aku di hantar ke  rumah member perempuan yang berdekatan. (padahal rumah sewa aku pun dekat. entah lah. chaos la kata kan. tak fikir dengan betul kejap) pape pun, aku selamat. ok ? lega.. psssttt, jangan fikir bukan2 ok? ak tahu apa yang jadi semalam secara detail. jadi korang yang just tahu sikit2 ni, jangan nak ngade2 judge suka2 hati. 


haish! hati aku ni sedih la pulak. kalau nak baca lagi, lompat ke belog lagi satu. ok? tekan --->  (...GO...)


ni aku letak pic2 adik kesayangan aku. =) enjoy..

ni zaman dia baby lagi. tapi dah pandai tengok camera


dia tidur memang wajib gini.

nampak tak calar kat hidung tu? dia garu =,=


baru lepas mandi =)




kejar camera

Wednesday, April 20, 2011

cara sedut

hai2. morning. pagi ni , aku nak bercerita " how to smoke without kesan pada lips. "

kawan2 aku ada yang smoke tapi tak dapat kita tengok kesan nya. kan selalu nya, kalau smokers ni kita cam dengan tengok bibir dia. bibir smoker tegar ni selalu nya jadi hitam kan? gelap2. ungu2. entah lah warna apa tapi gelap. arggghh! aku upload pics la senang..ok? jap nak google..

ok fine aku tak jumpa. huhu sedih betul.

tak pe.tak pe. aku sambung balik. erm..~~ haa..cara2 untuk avoid bibir jadi hitam ialah,..

hisap rokok tu jangan habis.. kan rokok tu ada part untuk kita sedut2 asap tu, haa..jangan bagi bara tu dah dekaat sangat baru nak stop.. stop hisap rokok bila bibir start rasa panas. so, bibir tak jadi hitam.. tapi jadi maintain pink =) kan cun tu... hehe 

tapi..~~ smoking tu tak bagus.. kalau boleh, avoid hisab rokok.. lagi class.. =) macam aku.. hahaha..tak membazir.. aku? si ex-smoker bibir pink! aku dah stop smokinggg..aku kena tampar sebab smoking..kureng hasam tol si penampar tu.. tapi tak apa. si penampar tu kacak lagi bergaya. (ye ke? ok. aku tipu. haha) aku fikir2 balik, baik lah. aku stop. thanks tampar aku ye incik pinky cause marah saya smoke. love you more. hahaha. opppss! no more love. haha. ok lah. aku nak hit the shower. nak makan, nak study kimia. 29 nanti exam kimia. tapi aku tak nak repeat lagi dah. adioussss.. -peace-

smoking?

ok. entry ni spesifik kepada rokok. 

kita semua tahu rokok tu tak elok kan? tapi kenapa still ada yang merokok? perempuan pun ada.

yes. ada. rokok tu satu budaya ke? ye. untuk release stress. (ye ke release?) 

aku dah belajar sesuatu. bila dah berhenti merokok then merokok balik, mahu pusing 1 dunia. huhu.

sumpah tak nak. huhu

Tuesday, April 19, 2011

semalam dan semalam

ini cerita tentang semalam dan semalam dan semalam yang lalu.

hari ini aku sibuk dengan kerja luar kolej. uruskan hal peribadi kat rumah nenek yang telah besarkan aku selama ni. =) Thanks Tok bagi upah. hehe.

ok. back to what I want to say. 

semalam, perit hati aku.
nak marah, salah. nak lepas, salah.

bahu siapa yang ada lagi untuk aku?

kenapa bukan kau?

abah, 
" kan abah dah pilih. abah dah cari yang terbaik untuk anak abah. tapi along tolak. tengok sekarang. pada W*n lah jodoh nya. abah tak suruh kahwin sekarang. tapi elok lah berbaik2 dulu. berkawan2. kenal hati  budi. nanti buat lah keputusan nak terus kan ke tak."

abah, ketahuilah.
hati anak mu ini dah tertutup. cukup lah. cinta semua dah basi.
semua patut buang. maafkan along. tapi W*n bukan orang nya.

adehh..
balik2 ayah aku suruh aku dengan pilihan dia. common la.... aku baru 21.. bukan 31..
ok. ok. bukan baru 21 tapi dah 21.. ok aku tua. so what? aku bukan nya nak monopause esok2. ish ish ish.
hidup ni lama lagi. aku tak nak dengan pilihan ayah aku sebab dia terlalu baik bagi aku. korang pun tahu kan? aku ni jahat gileeerrr.. ngeh ngeh ngeh.. =P dia tu alim ala2 ustaz.. belajar sekolah agama apa semua. so not me. kang tak pasal2 aku marah dia sebab dia,mesti la nak aku pakai macam ustazah. memang bagus. tapi bukan sekarang. nak berubah macam tu kena ikhlas kan? demi Allah kan? aku tak terfikir or terbukak hati untuk tu lagi. nanti sampai masa, aku akan berubah. tunggu la.. orang cina kata, man man. slow2.

now, visi misi aku just nak skor pointer tinggi sem ni. dapat ke tak? aku tak tahu. tapi aku akan work hard. siang belajar, malam keluar. hahaha. hard ke macam tu?? what ever la korang nak kata apa. aku ni jenis study kejap, relax kejap. baru masuk kepala. jangan push2. kang 1 apa pun tak masuk. haha. ok la.. aku nak sambung buat past year. Genetic and reproduction ni sangat detail and complicated gileeeerrr.. tak masuk kimia and internet programming lagi.. adoooii and adoiii.. and double infinity of adoiii... huhu

owh..and no more story of love. sebab cinta aku dah mati. =)

Sunday, April 17, 2011

own quotes



so amacam? haha

Friday, April 15, 2011

entry khas

aku just letakkan entry ni as bukti yang aku tak tipu.

she do miss u. ok?

tapi macam mana nak print screen kat blog??

hadoi....

Thursday, April 14, 2011

Aura single?

Hai. selamat malam. eh aku bukan nak tidur lagi la. baru nak makan. huhu. aku rasa sangat pelik. why?

cause dulu, aku putus, aku jadi tiny. 

ok. bukan macam orang lidi or kurus kering and mengecik. 
maksud aku tiny tu  kurus. skinny. ok? sebab bila putus cinta, aku tak ada selera makan. aku tak nak keluar rumah. semua aku tak nak. 

tapi now, aku  rasa even aku tak makan sangat, aku jadi chubby. why?? pp aku dah tembam. pffffttt!! adeeehhh

=,= 

why oh why?? aku rindu dia lagi. aku ingat nak let go hp yang guna sepanjang aku dengan dia. hp tu bawa banyak kenangan sangat. tapi aku sayang hp tu. tapi kadang2 hp tu buat aku sedih. mesej2 dalam hp tu buat aku sedih. aku menangis. macam mana?? nak buat apa ni? let go hp sony? sony tu camera dia cantik. sayang juga. E71? dia punya. mana boleh. huhu! 

somebody..help!! T_T huhu.. 

Afiq, I miss You soo much!

Be strong Sayang!

ni sambungan dari entry pagi tadi. 
di maklumkan My Ex tak jadi datang. huhu. dia ada hal.
haaaa ( tarik nafas dalam2, hembus. ) 

aku tak kisah mana dia nak datang or tak. 
yang aku kisah ialah, aku tunggu mesej dari Afiq.  
Dia tak mesej aku pun. hadoiii.. apa? apa? nak mengata aku? kata la.

aku tahu aku ni pathetic kan? so what? eleh. kata la. 
nanti kena kat diri sendiri baru tahu.
aku nak potong kuku, nak study, nak belajar rajin2. 

Mr. Ex

hurm.. morning.. macam biasa, morning aku start at 10 or 11.. hehe..


firstly aku nak buat correction. yang accident semalam bukan ABM.


( Damn betol. tapi Hafiz mana pulak ek? dia cakap dia hafiz. dengan suara tengah sakit2. mana la aku nak cam. dah la num yang call tu bukan num ABM. ok ABM kan suka tukar fon dengan GF dia. so memang aku tak cammmm.. adeeehhh.. ampun ye ABM )




 secondly, semalam my Ex text me.. oppss!! bukan Afiq ye.. Its Amirul Azizi.. ( muka Zizi macam muka ABM. OMG!! ) 

ok.. aku story sikit about Zizi ( a.k.a zack ) kami pernah couple masa sekolah dulu then dia keluar sekolah dulu cause dia senior aku. aku stay kat sekolah.. then kami break up.. aku tak tahu kenapa.. after a while, mak dia bagi tahu dia ada other girl. so aku move on.. lama lepas tu then jumpa Afiq.. the end! hahaha.









what with the text ? well he said, ' rasa macam nak pergi KB je esok' which is today cause text tu pukul 12 semalam. so, aku macam  say what???!! dah lama gila tak eye to eye.. ok fine. aku memang rasa nak juga jumpa dia. its not that aku nak curang dengan Afiq. tapi hello. me and Afiq, totally break off dah kan? aku bukan nya tak pujuk or tak sayang dia ( Afiq ) tapi dia still macam tu. hati aku memang ada dia ( Afiq ) tapi i need to move on instead of jadi perayu yang tegar.. hahaha.. ok lah aku kena mandi dulu.. ada kelas. and i need to study.. final dah dekat.. Got to go.. tata 


My dream ~ Afiq n me~  hahaha

Wednesday, April 13, 2011

little big things

" I miss all the little things. Like him driving with his hand resting on my knee and the way we'd share a big gooey ice cream. But I especially miss the hot nights in those motel rooms when he was all around me, the taste, and the scent and the feel of him. And I'd fall asleep in his arms, with the sound of his heartbeat being the last thing I heard before going to sleep. I ache with longing "


p/s : hope you are reading this.

cerita basi


hai. hari ni aku dengan berkobar2 nya nak bercerita tentang life aku. 
(macam la sebelum ni cerita pasal life orang lain kan?) tapi yang ni versi lain sikit. versi tak sedih. yeay! aku tak sedih. 


semalam aku & my housemate kemas rumah. aku ni sangat suka main air + sabun. sebab rasa macam main ski. seronok. tapi perasmian majlis kemas2 ni lagi best. kami 5 orang kerjakan si tikus yang di jumpai dalam rumah kami. 5 orang ni dok kejar tikus yang seekor tu. letih gila. tiba2 kawan aku ( ABM ) call. dia accident. OMG! 


aku rasa macam nak pergi lawat tapi bila fikir2 balik, tak payah la kot. GF dia ada. family dia ada. aku ni siapa lah sangat. hehe! semalam, aku seronok basuh rumah. sental tandas. berus lantai dapur. redecorate dapur. happppyy! lengguh 1badan. haha!


and, semalam aku dah finish download YM. bukan aku tak pernah ada YM tapi sejak aku tukar laptop, aku tak download lagi YM. malas. hehe! aku ni superMalas girl tahu tak? lepas ni boleh la YM aku ye? hari ni, bangun tidur je, aku tengok destop aku dah ada icon YM. pergi dapur nak minum air, terasa segar. dapur dah cantik & wangi (bau softner Daia) . rumah dah bersih. so, konklusi nya aku happy pagi ni even aku tak mandi lagi sekarang. haha!

however, aku still rindu dia. hope dia rindu aku jugak.

p/s : ku cerita banyak2 about personal kat belog kulat. (sila click "kulat")  so jump ke sana lah kalau nak baca personal life aku. even aku bukan artis tapi tak salah kan kalau nak kongsi personal life?

Tuesday, April 12, 2011

orang baru

aku nak introduce orang baru dalam hidup aku. eh salah. gimik je tu. aku just nak share dengan korang sosial web site yang aku guna sekarang. korang try search di google, meebo.com. jumpe tak? dia tulis kat situ, together is better. haa... yang tu la.. meebo ni macam YM. boleh chat, wc, main game, ada chatroom, macam2. so jumpe di meebo.com ye? me? cik kulat.. hehe..


 lagi satu, sevenpages.com. sevenpages ni dia macam facebook. yes FB. cuma beza nya, 7pages ni buatan orang malaysia. so sokong la product orang malaysia ye? jom kita sign up ramai2. nak link? ok2. aku letak. tapi korang kene bukak tau? 


untuk meebo, sila tekan link ni.

untuk sevenpages, sila tekan link ni

dah basuh bersih

Hey2.. 

:) hari ni aku nak senyum dan melangkah dengan irama baru. hehe. bukan apa, semalam aku call dia. dia angkat. we speak well (sampai habis kredit aku dibuat nya!)

 konklusi? 


aku dan dia = nothing. yes nothing. aku dah lepaskan dia macam yang dia mintak. dia nak bebas dari aku? ok go on. aku cakap aku dah ada orang lain. ( Im a liar! ) haha! memang aku ada mesej dengan someone. tapi bukan untuk 'bercinta'. and yes memang aku seksa diri sendiri. tapi demi dia juga. aku tak nak dia tahan diri demi aku. maksud aku, tak bercinta, tak terima orang baru sebab aku pun tak ada orang baru. caused he said so. so aku buat cerita macam tu.

 jahat? ok. aku memang jahat. puas hati??




hee.. kawan2, susah kan nak tengok laki letak gambar romantik2 dengan GF kat profile picture ? kawan2, nak tanya lagi.. kenapa laki cuma berminat nak kenal, nak num fon apa semua dengan gadis2 yang dahi licin je ek? habis yang tak dahi licin macam aku (mungkin juga kamu yang baca ni) macam mana? tak ada orang nak minta num la ek? teruk2! 


haha! ingat laki je ke tahu pilih2? perempuan un lah! macam aku, even aku ni tak lawa, tak licin dahi nya, tapi aku memilih. haha! aku nak yang kulit sama cerah, tinggi sama (salah tu. sepatut nya sama rendah.) tak smoking, rambut pacak (macam landak) haha! and paling penting, tak malu untuk ngaku aku ni GF dia. ok?? very mengada2 la aku ni kan? tapi kisah pulak aku. hahahahaha!

Monday, April 11, 2011

. : rumah hati aku kosong :.

hai. and yes. tengok jam.. T____T aku ponteng lagi. pfffttt...! dam'it! aku bukan sengaja ok? aku tak  boleh tidur semalam. aku teringat kat kau. macam2. ok2. too much kan? sorry kepada orang yang kena marah pagi tadi. ok? aku marah bila aku serabut. then im ok. kan? sayang, belikan bear2 badak kat JUsco Midvalley tu boleh? nakkkkkk.... :( mesti tak kan? sayang, kau tahu kan apa jadi pada kepala aku? pagi ni dia denyut2. sakit la. adoi... 

sayang, aku rasa macam kena tipu. kenapa laki macam tu? salah perempuan ke? to be exact, salah aku ke? sayang.. kenapa? hati aku dah tawar. mana kau? rumah dah bersawang. kau tak nak datang bersih kan ke? cantik2 kan balik rumah hati aku ni. 

. : new blog in the house ! :.

My second blog = done! well.. motive untuk ada dua blog ialah untuk manage few things. :) baju blog mungkin same tapi ada beza nya antara dua blog aku ni :) cik kulat, untuk dia. blog ni, aku sahaja :) ready? aku akan mengarang, bercerita, tanam kulat banyak2 untuk Mr. Mushroom aku. :)