banyak perkara yang berubah . dari dulu sampai sekarang . setiap perubahan itu ada baik dan buruk nya .
sama macam kehidupan kita di muka bumi ini . aku tak terlepas dari merasai perubahan yang berlaku baik sengaja mahupun tidak .
dalam hidup aku , banyak dah berubah . termasuk diri aku sendiri .
kalau dulu , aku cukup-cukup tak suka dengan mekap . marah betul kalau aku terpaksa pakai . aku pakai baju pun main hentam saja . matching ke pelik ke sesuai ke aku peduli apa . janji aku pakai baju daripada bogel . kan ?
kalau dulu , aku suka berkawan dengan lelaki sebab mereka best . tak leceh . nak lumba basikal senang . nak mandi sungai senang . panjat pokok senang . kalau perempuan , segan lah , takut lah . leceh !
tapi sekarang aku hanya akan berkawan dengan lelaki yang tertuntu saja . bukan sombong . tapi entah lah . mungkin aku dah matang sekrang dan tahu yang perempuan tak elok spent most of her time dengan kaum lelaki . ya tak ??
sekarang aku ada hobi baru . berbelog ni bukan salah satu daripada nya . hobi baru aku ialah (* apa hobi aku sebenar nya ? berbelog dan berfacebook saja kan ? haish !! )
aku taip entry ni bukan nak bercerita tentang apa yang berubah pada diri aku .tapi pada insan lain yang aku rasakan sudah berubah . kalau aku tak kenal dia , tak mungkin aku tahu dia berubah . tak begitu ?
insan yang aku maksudkan tu ialah insan yang aku sangka aku kenal . mungkin sekarang aku sudah tak kenal dia . mungkin perubahan pada diri nya sendiri ialah di luar kawalan nya . mungkin dia tak minta untuk berubah .
sedar lah wahai teman ,
kamu yang berubah . banyak mengenai kamu yang sudah berbeza daripada dulu .
jangan pula kamu keras kan hati untuk tidak melihat perbezaan itu . sebaik nya renungkan lah .
muhasabah kan lah diri kamu wahai teman .
percaya lah berubahan mu kali ini mendatangkan banyak keburukan dimata aku .
kamu sakiti hati aku selaku teman mu .
tidak kah kamu sedar hakikat ini ?
kalaupun kamu ego dan tidak mengakui nya pada aku , sekurang-kurang nya akuilah pada diri mu sendiri kerana kamu tidak boleh menipu diri sendiri walau sekali .
kamu suka dengan perubahan yang berlaku pada diri mu ?
kalau kamu tanya aku , sudah tentu jawapan ku tidak .
mana pergi nya kamu yang aku kenal selama ini ?
teman ku ,
aku amat merindui kamu . berubahlah demi kebaikan .
aku harap kamu mampu jujur pada diri mu .
No comments:
Post a Comment