Welcome to my Page

Followers

Sunday, September 5, 2010

~ dari lelaki kepada wanita

Di takdirkan suatu hari aku berkenalan dengan seorang lelaki bernama Hafizi ( bukan nama sebenar ) .

Dia bertugas di Kota Bahru . Dekat dengan tempat aku belajar .

kemudian satu hari dia SMS aku .

awak , malam ni awak ada kerja tak ? saya nak jumpa awak .

seingat aku , malam itu aku tidak aktiviti . jadi aku setuju untuk menemuinya .

lalu ,

awak , awak ada pakwe ?

ya . kenapa awak ?

tak ada apa . best kan ada orang istimewa dalam hidup kita ? dulu saya pun ada . tapi sekarang , dah tak ada .

kenapa wak ? sorry la kalau soalan saya ni sensitif bagi awak . kalau awak .. ( belum sempat aku habiskan ayat dia dah potong . )

tak apa . saya yang bersalah dalam hal ini . awak ingat tak masa kita mula-mula kenal saya kata muka awak macam Ieda ?
Ieda tu ex saya . dia manja sangat . macam awak . dia suka pakai kasut flat macam awak . dia kecik macam awak . sekilas pandang memang saya ingat awak ni Ieda .

jadi ?

selepas saya ditugaskan untuk berkhidmat di Kota Bharu , saya berkenalan dengan seorang gadis nama Liza . Disebabkan Liza lah saya putus dengan Ieda . Liza banyak mengajar saya yang kasih sayang tu bukan segala nya. dan bukan kerana saya sayang kan seseorang saya perlu biarkan dia pijak kepala saya . Ieda manja sangat . kalau ada kucing , dia nak saya dokong dia sampai ke tempat parking Moto sebab dia geli dengan kucing . kalau makan dekat warung yang dia tak suka , dia nak saya suap dia sampai nasi dalam pinggan dia habis.

owh . lepas tu apa jadi pada Liza ?

bila saya putus dengan Ieda , Liza la yang jadi peneman saya . Alhamduillah Liza faham saya . maklumla awak kerja saya ni kan susah . ikut orang call .

( suasana sepi sebab antara aku dan dia , dua-dua senyap )

tapi wak , hanya kerana beberapa perkara saya bercerai kasih berpisah jasad dengan Liza . Liza jujur sangat dengan saya . dia cerita semua pada saya . berapa kali dia terlanjur . dengan siapa . semua . sekarang Liza pregant awak . saya sedih sangat .
1 hari tu , saya mesej abah dia . saya cerita pada abah dia semua dan minta abah dia untuk menghantar dia ke Pusat Pemulihan Akhlak . 1 Ramadhan lepas dia mesej saya . 'pa , abah nak hantar orang pergi kem . 3 hari kat pengakalan chepa . orang tanya baha kem apa tapi abah tak bagi tahu ' . awak , airmata saya menitis buat pertama kali nya kerana seorang gadis .
disebabkan saya . bodoh nya saya . hantar orang yang saya sayang pergi ke tempat macam tu . 3 tahun kami tak dapat jumpa . selepas dia pergi , hari-hari saya dail nombor sama . sampai nombor tu dah tiada dalam perkhidmatan . tapi disebabkan saya awak . bodoh nya saya .

( ketika ini aku hanya berdiam diri bersama titisan-titisan air mata . sungguh ! aku terharu . )

( Hafizi cuba untuk bercerita lagi tapi dia tak mampu . esak nya sahaja yang kedengaran ) tiba-tiba..
awak , salah ke apa saya buat ni ?

tak lah awak . awak kan sayang kan dia . lagi pun itu kan yang terbaik untuk dia . 3 tahun dari sekarang , bila dia dah keluar , awak masih ada dia . 3tahun dari sekarang awak dah ada simpanan untuk awak dan dia .

tapi awak dia mesti marah saya . mesti dia tak nak jumpa saya .

awak , saya ni pun seorang perempuan . kalau marah memang la marah tapi tak lama . percaya la awak . kalau awak dan dia di takdirkan ada jodoh , 3 4 tahun terpisah tanpa berita sekali pun , korang tetap bersama . okay ? kuatkan semangat . saya yakin awak boleh hadapi semua ni . awak kan seorang yang tabah .

(* tu sahaja yang mampu aku cerita . bagi aku cinta itu terlalu kompleks untuk di huraikan . tapi sungguh aku tak sangka . seorang lelaki yang sangat keras hati , ego , menitis kan airmata kerana merindui insan yang amat disenangi nya . begitu tinggi nya nilai cinta kan ? kalau lah ada orang yang sayang aku sebegitu )

No comments: