Welcome to my Page

Followers

Thursday, July 29, 2010

hari rabu 28 julai

sangat sedih .

jangan tanya kenapa .

aku tak nak cakap .

hanya mereka yang tahu saja yang faham .

terima kasih kepada yang berkenaan .

tiba-tiba rasa nak bercerita mengenai cinta .






ada yang anggap cinta tu buta .

cinta itu segala-galanya .

mungkin benar bagi mereka .

namun bagi seorang gadis yang akan aku ceritakan ni,

cinta ialah sesuatu yang hanya mampu dia cari .
tapi tidak untuk dimiliki .

gadis merupakan seorang yang aku kenal.
dia bukan seorang yang solehah atau seorang wanita yang alim .

dia cuma seorang remaja perempuan yang mahu hidup seperti mana remaja perempuan lain.

seawal usia belasan  tahun dia sudah menyimpan perasaan ingin disayangi insan bergelar lelaki.

di bangku sekolah menengah, dia temui seorang yang berjaya menambat hati nya.

bagi aku, cara lelaki itu mendekati dia sungguh unik.
mungkin kerana itu lah cinta itu dikatakan buta.

hanya bermula dengan kepingan kertas kumal, hati gadis sudah tertawan. disusuli pula dengan cadburry.
(*si gadis tidak suka cadburry sebenarnya)

janji temu ditetap kan.
mereka berkenalan secara semuka akhirnya.

wajah jejaka muda itu masih segar di ingatan gadis. walaupun pertemuan pertama hanya di tepi kelas. jejaka berbaju tee hitam dan seluar khakis yang lusuh itu masih ligat berjalan di kotak memori gadis.

sungguh manis bila bercinta. semua dirasakan manis.

namun, kisah cinta gadis terhenti tatkala muncul insan kedua.
jejaka itu punyai peminat yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati jejaka itu.

dalam masa yang sama, si gadis didekati oleh seorang jejaka yang tidak kurang hebat nya dengan jejaka kertas kumal itu.

mereka berpisah buat sementara. masing-masing mahu menduga.

ternyata mereka masih punyai jodoh apabila 31 Ogos tiba.
mereka menyambung kembali ikatan hati itu.

dunia yang banyak dugaan ini terus mencabar kesetiaan mereka.
akhirnya jejaka kertas kumal kalah di medan setia.
kasih si jejaka beralih kepada bunga yang dikenali di tempat baru.


habis madu sepah dibuang.

lama si gadis digantung. akhirnya ibu jejaka kertas kumal mengkhabarkan perihal sebenar kepada gadis. ibu juga jatuh hati pada si gadis. mungkin kerana santun nya. mungkin juga kerana si gadis ialah dirinya dan tidak bermuka-muka.

3tahun si gadis hidup bersama bayang-bayang.
mutiara jernih menjadi teman sepanjang 3tahun yang sunyi itu.

kesunyian si gadis ditiup oleh jejaka baru dikala mereka secara tidak sengaja di temukan.

jejaka baru ini sangat mencabar bagi nya. kerana sepanjang 3tahun sunyi itu, si gadis mencuba sedaya hati nya untuk melupakan jejaka kertas kumal. mencuba nasib dengan jejaka-jejaka baru.
mencuba untuk terima kenyataan. namun semuanya menemui jalan buntu.

jejaka tidak sengaja ini melamar si gadis untuk menjadi penawar rindu. pengubat duka. lamaran nya disambut mesra oleh si gadis.
mereka mengenali hati antara satu sama lain terlebih dahulu. dalam tempoh itu, mereka sudah mula menaruh hati antara satu sama lain.

dengan segala keberanian yang berbaki, tanggal januari menjadi tarikh keramat mereka. mereka bersatu.

langit tidak selalunya cerah.

si gadis terus diduga dengan kehadiran seseornag yang sangat menduga kesetiaan nya.

jejaka yang memiliki wajah iras jejaka kertas kumal.
sedikit sebanyak gadis tergugat dek paras dan kelakuan nya.

ya ! dia seperti jelmaan semula jejaka kertas kumal. mereka serupa !

kerana kuatnya kasih antara gadis dan jejaka tidak sengaja itu, mereka masih bersama dan si gadis yakin.

walaupun hati nya diduga,iman nya tergoda tapi kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada yang satu itu tetap ada.

~semoga si gadis masih tabah dan gembira disamping jejaka tidak sengaja. lupa kan jelmaan jejaka kertas kumal ya ? si dia itu cuma jelmaan. tidak mungkin akan anda temui jejaka sebaik jejaka tidak sengaja itu di era globalisasi kini.


~tak salah kalau si gadis itu diberi kabahgiaan kan ?

all the best gadis !

No comments: